Kajian & Analisis Berita

Kelompok pengulas ikonik dalam dunia bola sepak

Sebagai penonton bola sepak di televisyen, suda tentu kita sudah biasa dengan pengulas yang memeriahkan aksi setiap perlawanan. Terdapat banyak pengulas yang berada dalam dunia bola sepak tetapi kita jarang mengenalinya disebabkan melakukan perkara lain ketika para pengulas sedang berbahas tentang sesebuah perlawanan.

Bagaimanapun, suara, gaya bahasa dan ekspresi istimewa yang dilakukan sering membuatkan penonton tidak melupakan mereka. Berikut adalah beberapa pengulas yang sangat terkenal dan mungkin anda biasa mendengar namanya.

Martin Tyler (England)

Individu berusia 72 tahun ini sudah memulakan karier sejak 1974. Dalam menjalankan tugasnya, Tyler dikenali dengan ungkapan hebat, seperti ketika Ryan Giggs menyumbat gol kemenangan menentang Arsenal dalam separuh akhir Piala FA pada tahun 1999, dimana dia menyebut “Giggs memecahkan pertahanan Arsenal seperti sebuah pita”. Suaranya ketika menjeritkan nama pemain yang menjaringkan gol, bahkan sebelum melepaskan percubaan cukup istimewa, seperti sewaktu Sergio Aguero menjaringkan gol dramatik ke gawang QPR pada musim 2011/12.

Peter Drury (England)

Drury boleh dikatakan antara pengulas terbaik di England ketika ini, terutamanya apabila berlaku jaringan. Dia juga berganding dengan Jim Beglin bagi permainan video Pro Evolution Soccer dan menyebut kebanyakan situasi dengan ungkapan bersifat hiperbola tetapi kreatif dan bijak. Contohnya, ketika AS Roma menjaringkan gol ketiga menerusi Kostas Manolas sewaktu bertemu Barcelona.

Tiziano Crudeli (Itali)

Buat penggemar Tribes yang sering menonton laman Youtube pasti sering menemui individu yang sudah berusia 74 tahun ini. Di tempat kelahirannya, kerancakan itu membuatkannya menjadi selebriti. Sebagai peminat AC Milan, kerancakan itu semakin jelas apabila Rossoneri sedang beraksi. Salah satu detik ikonik adalah ketika berteriak sambil menangis sewaktu Filippo Inzaghi menjaringkan gol di Serie A pada 2012.

Pengulas berbahasa Arab

Bagi Tribes yang sering menyaksikan aksi bola sepak menerusi atas talian, ulasan berbahasa arab sering menjadi pilihan. Ketika menonton, pasti akan kedengaran suara arab yang amat bertenaga. Gaya mereka mengucapkan “Allah, Allah, Allah” atau ungkapan lain kedengaran seperti sedang berdoa sehingga membuatkan kita tersenyum. Contoh di bawah ini adalah cara mudah untuk melihat mereka benar-benar seperti sedang berdoa.

Pengulas negara-negara Latin

Benua ini memang terkenal dengan keunikan tersendiri dalam bola sepak. Bermula daripada gaya permainan yang indah, penyokong fanatik yang berbeza berbanding Eropah dan gaya ulasan istimewa membuatkan setiap gol disulamkan dengan jeritan panjang dan sukar ditiru. Ahay juga dilaporkan menggunakan ulasan daripada kawasan ini untuk dijadikan rujukan.