Bagaimanapun 3 kelab tidak berjaya dalam proses melengkapkan laporan kewangan itu disebabkan mempunyai tunggakan gaji serta caruman KWSP, LHDN, Perkeso dan EIS.
“Oleh itu, sekatan perpindahan pemain sebelum jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 telah dikenakan ke atas kelab-kelab terlibat,” kata FFP FIB dalam kenyataan.
Namun, katanya, selepas 30 hari sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 dikenakan kepada 3 kelab tersebut, pihak MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian terhadap tunggakan itu atau mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak dan menghantar bukti kepada pihak FIB FFP.
Oleh itu, 3 kelab ini perlu menghantar bukti resit bayaran atau pelan pembayaran ansuran untuk tunggakan bayaran gaji (pemain, pengawai dan pentadbiran) dan agensi kerajaan (KWSP, LHDN, PERKESO & SIP) dalam masa tempoh 30 hari selewatnya sebelum atau pada 25 Oktober 2024.