Seramai 10 pemain JDT daripada 26 pemain yang tersenarai ke kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 Ogos ini bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan awal bulan Sept ini.
Kim Pan-gon mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Kuala Terengganu, Terengganu pada Jun lalu dengan baki 11 pemain lain terdiri daripada tujuh pemain dari kem Mac 2023.
Kapten pasukan Dion Cools kembali diikuti dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Damien Lim serta Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih.
Turut dipanggil setelah kali terakhir menyertai skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 ialah Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin serta Nathaniel Shio Hong Wan yang kembali dipanggil untuk kali pertama tahun ini.
Skuad negara akan turun beraksi menentang Syria pada Rabu, 6 September 2023 sebelum menentang China bagi aksi kedua pada Sabtu, 9 September 2023.
GK: Syihan Hazmi, Kalamullah Al-Hafiz, Damien Lim
DF: Matthew Davies, Syahmi Safari, Dion Cools, Shahrul Saad, Dominic Tan, Sharul Nazeem, Junior Eldstal, Corbin-Ong, Quentin Cheng, Daniel Ting
MF: Brendan Gan, Azam Azih, Hong Wan, Endrick Dos Santos, Stuart Wilkin
W: Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Faisal Halim, Shamie Iszuan
ST: Darren Lok, Paulo Josue, Sergio Aguero