Malaysia Berita

Safawi minta maaf

Safawi Rasid tampil memohon maaf selepas dianggap meraikan jaringan gol dengan keterlaluan.

Ini selepas pemain berusia 24 tahun itu menjaringkan gol kemenangan Malaysia ketika menewaskan Thailand 1-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Rabu lepas.

“Alhamdulillah syukur, terima kasih kepada penyokong dan penonton yang selalu ada di belakang kami, saya minta maaf atas celebration yang tak menyenangkan itu, perkara tersebut tidak akan berulang, maaf sekali lagi,” katanya menerusi akaun media sosial rasmi miliknya.

Selain skuad kebangsaan, Safawi juga dikritik kerana mempamerkan aksi hambar ketika turun menentang UAE dan Vietnam malah langsung tidak menjaringkan sebarang gol dalam kedua-dua perlawanan itu.

Sebab itu, gelagatnya berlari ke arah penjuru padang sambil membuat gaya menekan pad kekunci sebelum meletakkan jari telunjuknya di bibir ketika meraikan jaringan gol penalti menentang Thailand dianggap keterlaluan.