Liga Super Malaysia Berita

JDT sediakan 20 mesin AED di Stadium Sultan Ibrahim, pastikan serangan jantung dapat dirawat lebih awal

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyediakan kemudahan 20 mesin AED dalam Stadium Sultan Ibrahim setiap kali perlawanan berlangsung.

Ini bagi memastikan mesin AED yang merupakan mesin perentak jantung boleh digunakan pihak medik dan pasukan keselamatan ketika kecemasan jika terjadi serangan jantung kepada pemain mahupun penyokong.

“JDT sentiasa memastikan keselamatan para pemain dan penyokong berada pada tahap terbaik dengan menyediakan 20 mesin AED di sekeliling stadium.

“Mesin AED yang terdapat di sekeliling stadium menjadi antara faktor yang menyelamatkan pemain Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020.

“Marshall Stadium JDT juga kesemuanya sudah dilatih untuk menggunakan alatan ini sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan paramedik dan ambulans.”