Seramai 30 pemain kekal bersama dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Peter Cklamovski.
Kem latihan pusat ini turut disertai Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Dion Cools dan Hector Hevel.
Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat di Johor Bahru, Johor dari 18 hingga 26 Mei 2025, sebelum latihan diteruskan di Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga ke hari perlawanan.
Malaysia dijadual berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis, 29 Mei 2025 jam 9:00 malam sebelum sekali lagi menentang lawan yang sama bagi Perlawanan Latihan secara tertutup tanpa penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 3 Jun 2025.
Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025, jam 9:00 malam.