Malaysia Berita

Puma perkenal jersi baharu Harimau Malaya

Era baharu bola sepak Malaysia telah dilancarkan secara rasmi hari ini dengan PUMA Malaysia dan FAM memeterai kerjasama empat tahun yang cukup penting pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di PUMA Flagship Store di Sunway Pyramid Mall.

Kerjasama ini mengukuhkan peranan PUMA sebagai rakan pakaian rasmi Harimau Malaya dan mengukuhkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memajukan bola sepak di Malaysia.

Jersi Rasmi Home dan Away PUMA x FAM

Kemuncak majlis ini ialah pelancaran Jersi Rasmi Home dan Away Harimau Malaya,
yang direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam, yang
melambangkan kebanggaan dan daya tahan. Menampilkan teknologi ULTRAWEAVE
revolusioner PUMA, jersi ini direka bentuk untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti dan ketahanan, membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi, sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.

“Kerjasama dengan FAM ini menandakan satu peristiwa penting bagi PUMA kerana
kami dapat mengembangkan kehadiran kami dalam bola sepak Malaysia,” kata Sanjay
Roy, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara dan Oceania.

Selain membantu pemain di atas padang, kerjasama ini memberi penekanan dalam
mendekatkan sukan ini kepada orang ramai. Melalui inisiatif yang dipacu komuniti,
program penglibatan peminat yang eksklusif, dan aktiviti yang meraikan semangat
Harimau Malaya, PUMA dan FAM berhasrat untuk mengeratkan hubungan di antara
pasukan dan para penyokong. Usaha ini akan meningkatkan pengalaman bola sepak,
menyatukan peminat dan pemain dalam berkongsi keghairahan mereka terhadap sukan
ini.

“Kerjasama dengan PUMA ini menandakan satu lembaran baharu dan menarik untuk
bola sepak Malaysia,” kata Tan Sri Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM.

“Kepakaran mereka dalam inovasi pakaian sukan dan pengiktirafan global bukan
sahaja akan menyediakan pemain kita dengan peralatan yang mereka perlukan untuk
bersaing di peringkat tertinggi tetapi juga membantu memupuk hubungan yang lebih
mendalam di antara pasukan dan para penyokong. Bersama-sama, kita menyasarkan
untuk mencipta budaya bola sepak yang lebih bertenaga di Malaysia, memberi inspirasi
kepada kedua-dua pemain dan peminat sambil kita meningkatkan sukan ini ke tahap
yang lebih tinggi.”

Koleksi FAM x PUMA edisi terhad kini boleh dibeli dengan harga bermula dari RM89
hingga RM319 di kedai PUMA terpilih di seluruh negara, menawarkan peluang kepada
peminat untuk mempamerkan sokongan mereka terhadap Harimau Malaya dan jenama
PUMA.