JDT terikat seri 0-0 dengan Buriram United dalam saingan AFC Champions League Elite di Stadium Sultan Ibrahim.
Keputusan itu dicemari dengan 3 kad merah dan 5 kad kuning, disebalik tanpa sebarang jaringan gol.
JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-13 apabila Murilo dilayangkan kad merah.
Buriram turut kehilangan pemain apabila kaptennya Theerathon Bunmathan dilayangkan kad merah di penghujung separuh masa pertama.
Buriram menguasai permainan dengan 57 peratus namun gagal menterjemahkannya kepada jaringan gol.
Perlawanan ini berakhir dengan satu lagi layangan kad merah untuk JDT menerusi Park Jun-heong ketika masa tambahan separuh masa kedua, sebelum wisel penamat.
JDT kini menduduki tangga ke-6 dengan meraih 8 mata selepas 6 perlawanan. Hanya 8 pasukan terbaik akan mara ke pusingan seterusnya.
Saingan peringkat kumpulan AFC Champions League Elite akan bersambung tahun hadapan apabila JDT bertemu Central Coast Mariners pada 11 Februari dan perlawanan terakhir Pohang Steelers pada 18 Februari.