Liga Super Malaysia Berita

Kedah kalah mengejut kepada Perak

Kedah dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di laman sendiri kepada Perak di Stadium Darul Aman.
Lee Tae-min muncul wira Perak apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-16 sebelum melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada minit ke-77.
Ia juga kemenangan pertama Perak musim ini.
Perak meraih 3 mata dan berada di tangga kelapan.
Kedah kekal di zon tercorot Liga Super tanpa mata selepas 3 perlawanan.