Piala Malaysia Berita

Perbadanan Stadium Malaysia mohon maaf gagal baiki padang SNBJ

Perbadanan Stadium Malaysia tampil memohon maaf kepada MFL dan semua para peminat sukan bola sepak negara di atas kegagalan memperbaiki padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini susulan kedua-dua pasukan iaitu JDT dan Terengganu menyatakan rasa kurang puas hati terhadap keadaan padang yang akan menganjurkan Final Piala Malaysia 2023.

“(Permohonan maaf) Ini terutamanya kepada pasukan JDT dan Terengganu serta semua penyokong kedua-dua pasukan,” katanya dalam kenyataan.

“Di atas keadaan padang yang kurang memuaskan bagi berdepan dengan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu.

“PSM komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan.”