![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2023/07/IMG_8176-800x714.jpeg)
Bojan Hodak membuat keputusan mengejut apabila meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih KL City.
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas pasukan kendaliannya tewas 2-0 kepada JDT dalam final Piala FA 2023.
Beliau menerima tawaran untuk mengendalikan pasukan Liga Indonesia, Persib Bandung.
Dobrodošli Bojan Hodak 🇭🇷
Wilujeng sumping Bojan HodakPelatih berkebangsaan Kroasia ini akan memimpin #PERSIB dalam melanjutkan kompetisi Liga 1 musim ini.
Semoga sentuhan magisnya bisa membawa #PERSIB bangkit dan berprestasi 📈 pic.twitter.com/AAHtjDy1f4
— PERSIB (@persib) July 26, 2023
Bojan akan diingati oleh peminat apabila mencipta sejarah membantu KL City muncul juara Piala Malaysia 2021, selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.
Beliau juga berjaya membawa KL sehingga ke final Piala AFC 2022 dan final Piala FA 2023.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Bojan akan diisi oleh Nenad Bacina yang akan mengendalikan pasukan sehingga hujung musim ini.