Selangor tampil garang dalam perlawanan kedua Liga Super apabila membelasah Kuching City 5-0 di Kuching, Sarawak.
Kemenangan itu menyaksikan Red Giants memintas JDT untuk menduduki tangga kedua Liga Super dengan 6 mata.
Selangor menjaringkan 2 gol dalam tempoh 10 minit pertama apabila mendahului seawal minit ke-4 menerusi Noor Al Rawabdeh sebelum Ayron Del Valle menjaringkan gol pada minit ke-9.
Al Rawabdeh meneruskan rentak cemerlang apabila menjaringkan gol ketiga buat Selangor selepas hanya tiga minit memasuki separuh masa kedua.
Ia disusuli dengan jaringan kapten pasukan, Brendan Gan pada minit ke-65.
Danial Asri melengkapkan kemenangan bergaya buat Selangor pada minit ke-73, dengan keputusan 5-0 hingga tamat perlawanan.
Selangor akan bertemu Pahang pada 5 Mac manakala Kuching akan melayan kunjungan Sabah pada 6 Mac ini.