Liga Super Malaysia Berita

Kuching City cipta kejutan, Kelantan tewas di laman sendiri

Kuching City mencipta kejutan apabila bangkit menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Muhammad Ke-IV.

Ini meskipun Kelantan beraksi di hadapan ribuan penonton dalam perlawanan pembukaan stadium.

Selepas 0-0 di separuh masa pertama, Kelantan mendahului menerusi jaringan Miguel Cifuentes dari Sepanyol pada minit ke-51.

Namun, tidak sampai 10 minit, Kuching berjaya menyamakan kedudukan menerusi Abdallah Sudi dari Burundi pada minit ke-58.

Jaringan itu memberi tekanan kepada Kelantan untuk menambah gol.

Sebaliknya, penyerang Kuching City, Abu Kamara dari Liberia menjaringkan gol kemenangan minit ke-71.

Keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.