Piala Malaysia Berita

Terengganu jumpa KL City di suku akhir, Kedah tersingkir dari Piala Malaysia 2022

Terengganu mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022 selepas menewaskan Pahang 4-2, sekali gus meraih agregat 9-3 di Kuantan.

Ini bermakna, Terengganu akan bertemu finalis Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City di suku akhir.

Kpah Sherman menjaringkan dua gol, dengan dua lagi gol disumbangkan oleh Faisal Halim dan Azam Azmi Murad.

KL City pula mara selepas menewaskan PDRM FC 1-0 hasil jaringan minit akhir Zhafri Yahya, menjadikan keputusan agregat 4-0.

Perjuangan Kedah bagaimanapun berakhir apabila tersingkir daripada Piala Malaysia selepas hanya terikat seri 0-0 dengan agregat 2-1 memihak kepada Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan akan bertemu Selangor yang menewaskan Kelantan United 1-0 dengan agregat 3-0 di Kelana Jaya.