Mana-mana pasukan yang muncul juara Piala Malaysia 2022 akan layak beraksi di Piala AFC musim 2023.
Ini kali pertama Piala Malaysia diberikan slot Piala AFC berbanding pasukan tempat ke-3 Liga Super seperti sebelum ini.
“Jika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka kelayakan juara Liga Super layak ke AFC Champions League, juara Piala Malaysia layak ke Piala AFC dan tempat ke-2 Liga Super layak ke Piala AFC,” Kata MFL dalam kenyataan.
Jika mengikut aturan asal, juara Liga Super layak beraksi AFC Champions League manakala juara Piala FA layak beraksi ke Piala AFC dan kedua Liga Super layak beraksi ke Piala AFC.
Namun, jika sekiranya juara Liga Super, juara Piala FA dan juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super barulah tempat ke-3 Liga Super mendapat slot ke Piala AFC 2023.
“Oleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke Piala AFC 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya Piala Malaysia 2022.
“Namun slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.
“MFL berharap tiada kekeliruan timbul berhubung penentuan slot-slot AFC tahun 2023 memandangkan pemakluman menerusi surat pekeliling sudah dihantar kepada semua pasukan yang bertanding sebelum musim 2022 bermula.
“Malah penerangan mengenai penentuan slot ACL 2023 dan Piala AFC 2023 juga turut dibuat menerusi Taklimat Pegawai Operasi Kelab pada 20 Januari 2022 dan Taklimat CEO pada 28 Februari 2022.”