Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] JDT juara Liga Super Malaysia musim 2021

Johor Darul Ta’zim disahkan sebagai juara Liga Super Malaysia bagi musim 2021 dengan berbaki dua perlawanan.

Ini setelah mereka menewaskan Pahang 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Bergson menjadi wira JDT apabila menjaringkan hatrik.

JDT mendahului menerusi Bergson pada minit ke-8, sebelum penyerang Brazil itu menjaringkan dua gol lagi pada minit ke-41 dan 45, dengan keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Ini bermakna Bergson kini menjaringkan sebanyak 23 gol setakat ini, lebih satu gol berbanding Ifedayo Olusegun yang menjaringkan 22 gol.

Dengan meraih 51 mata, jika JDT kalah dalam dua perlawanan akhir sekalipun dan jika Terengganu dan Kedah meraih kemenangan dalam baki perlawanan masing-masing, kedua-dua pasukan itu tidak akan meraih 51 mata.

Ini merupakan kali ke-8 JDT bergelar sebagai juara Liga Super sejak mula merangkul kejuaraan pertama pada 2014.