Selepas lebih setahun tidak beraksi dalam sebarang perlawanan, Malaysia mencatatkan kekalahan besar 4-1 kepada Kuwait dalam perlawanan latihan di UAE, malam tadi.
Kuwait mendahului menerusi Ahmad Aldhefeery pada minit ke-21, sebelum Guilherme de Paula menyamakan kedudukan pada minit ke-28, dengan kedudukan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Malaysia dibolosi tiga kali hasil jaringan Fahad Alhajeri pada minit ke-55, Shabaib Alkhaldi pada minit ke-61 dan Fahad Al-Alabraim pada minit ke-68.
Memandangkan perlawanan ini bukan perlawanan kelas A, ia tidak akan memberi kesan kepada kedudukan ranking dan jumlah penampilan serta jaringan gol tidak dikira.
Bagaimanapun, ia sedikit sebanyak memberi keyakinan dan semangat kepada De Paula untuk beraksi lebih baik dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/2023 nanti.