Liga Super Malaysia Berita

JDT bakal lancar pasukan hoki ais

Johor Darul Ta’zim FC akan melancarkan pasukan hoki ais tidak lama lagi.

Menurut Johor Southern Tigers, pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang.

Malah, sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan dengan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri.

JDT juga sudah menubuhkan Pasukan Boxing JDT, dengan juara pelbagai anugerah Asia, Muhammad Farkhan Haron mengetuai pasukan itu.

Ini menjadikan JDT satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang mempunyai pasukan kompetitif dalam bidang sukan lain.