Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya berhasrat untuk menggunakan khidmat jurulatih import bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.
Beliau berkata pihaknya sedang meneliti beberapa permohonan dari jurulatih yang berasal dari beberapa negara Eropah seperti Jerman, Sepanyol dan Portugal.
“Kami sebenarnya sedang menilai jurulatih terutama dari luar negara untuk mengendalikan barisan kejurulatihan Pahang.
“Kami akan ketahuinya selepas penilaian dibuat dalam masa terdekat.”
Bagaimanapun beliau berkata jurulatih Dollah Salleh tidak akan meninggalkan pasukan sebaliknya akan kekal di Pahang dan akan bekerjasama dengan jurulatih baharu nanti.
“Dollah akan kekal di Pahang dan sekiranya berlaku kehadiran jurulatih dari luar negara bersama Pahang, insya-Allah akan membuahkan perancangan terbaik bagi pasukan.”
Di bawah kendalian Dollah, Pahang menamatkan saingan di tangga ke-8 Liga Super dengan mengutip 14 mata dalam 11 perlawanan, rekod terburuk dicatatkan pasukan itu sejak 2016 yang ketika itu menduduki tangga ke-9 liga.
Ia satu penurunan prestasi apabila Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim 2019.