Sebuah pasukan bola sepak baharu yang bakal mewakili Putrajaya kemungkinan akan bersaing dalam Liga Malaysia musim depan.
Perkara ini didedahkan oleh Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitter miliknya.
Mungkin WP PUTRAJAYA turut mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri musim depan dan bersaing di Liga M😉
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 12, 2020
Walaupun pendedahannya mengundang kritikan sesetengah pihak kerana dianggap tidak sensitif dengan situasi semasa, tetapi mempunyai sebuah pasukan bola sepak profesional berpangkalan dan mewakili Putrajaya bukanlah idea yang teruk.
Membina fanbase dan memiliki fasiliti sendiri mungkin memakan masa, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil dan sudah tentu penduduk Putrajaya mahu menonton saingan Liga Malaysia dengan lebih dekat.
Setakat ini, SPA FC dan MOF FC pernah mewakili Putrajaya dalam saingan bola sepak profesional dan terbaru sebuah pasukan bernama Putrajaya Wanderers FC sudah ditubuhkan dan didaftarkan sebagai kelab sukan secara rasmi, malah bercita-cita untuk menjadi sebuah pasukan bola sepak profesional.