Liga Super Malaysia Berita

Bundesliga jadi rujukan buat Liga Malaysia

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berpandangan pendekatan Bundesliga ketika menganjurkan perlawanan boleh dijadikan rujukan buat Liga Malaysia.

Katanya, beberapa pendekatan yang diambil ketika perlawanan Bundesliga membuktikan liga boleh disambung walaupun dalam ancaman COVID-19.

“Apabila saya tengok perlawanannya, rasa pelik sebab tanpa penyokong tetapi itulah yang harus dibuat kerana Covid-19,” katanya kepada Astro Arena.

“Tetapi liga akan dimainkan September depan, jadi ketika itu mungkin bermacam-macam perkara yang sudah dibenarkan oleh kerajaan.”

Justeru, Ghani berharap para pemain dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baharu apabila liga dibenarkan beraksi semula.

“Kerajaan menyarankan normal baru tetapi apa yang penting adalah tindakan setiap individu dan rakyat di negara ini, barulah rantaian Covid-19 ini boleh diputuskan.

“Pemain bola sepak begitu juga, mereka perlu ada disiplin.”

Jurulatih Selangor, B. Sathianathan juga melihat pendekatan Bundesliga dapat dijadikan penanda aras kepada Liga Malaysia.

“Bundesliga adalah contoh terbaik yang perlu diikuti, semua pihak perlu patuhi SOP yang ditetapkan. Saya optimis semua pasukan mampu mematuhinya.”