Ligue 1 Berita

Hubungan Neymar dengan PSG makin merosot lagi

Laporan di Sepanyol melapor bahawa hubungan Neymar dengan pengarah sukan Paris Saint-Germain Leonardo adalah “pecah” ketika pemain Brazil asyik tegas ingin kembali ke Barcelona pada perpindahan musim panas yang akan datang walau pun ia mengalami musim cemerlang di Perancis dengan PSG.

Neymar kononnya dilaporkan telah kuat bertengkar dengan bos kelab, Leonardo, selepas diketahui ketua PSG bahawa dia menyesal meninggalkan Barca pada 2017 dan kemudian menghabiskan segala usaha untuk menolak keras keluar dari kelab elit Paris tahun lalu. Dengan hasratnya ditunjukkan dengan jelas di atas meja untuk semua orang melihat, keraguan timbul bahawa dia akan terus bermain untuk kelab lagi.

Kebuntuan dan awan gelap akhirnya dihapuskan selepas hubungannya dengan kelab, terutamanya imejnya yang dipersembahkan kepada orang awam, telah diperbaiki dan dia meneruskan pencapaian 13 gol dalam 15 perlawanan Ligue 1 untuk dengan gaya biasanya yang mempesonakan.

Bagaimanapun, selepas keadaan yang tenang itu, gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona, enggan membiarkan perdamaian itu kekal, sekali lagi menggali tulang yang disembunyikan dan secara terbuka memperbaharui minat mereka untuk menandatanganinya di tingkap yang akan datang apabila bos Blaugrana berkeinginan untuk menyenangkan hati bintang terhebat mereka yang berpengaruh, Messi, yang beberapa sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk berpasang lagi sekali dengan rakan sepasukannya, Neymar. Messi memang mau shabatnya, Neymar, kembali ke sisinya untuk meneruskan perkongsian luar biasa yang mereka telahcipta sebelum pemain Brazil itu meninggalkan kelab Barcelona pada 2017 untuk masuk PSG. Berita juga memang tidak akan lepaskan sebarang peluang menentukan bahawa Neymar mesti kembali ke Camp Nou dengan tidak kira macam mana pun pada musim panas ini.

Laporan SPORT terbaru menegaskan bahawa hubungan Neymar dengan PSG adalah “pecah”, dan kata juga dia dijangka meninggalkan kelab German itu.

Dakwaan juga dibuat bahawa keazamannya untuk meninggal adalah sama seperti tahun lepas, dan oleh itu kelab menjangka beliau akan membuat tawaran untuk mencapai hasratnya.

Sementara itu, keadaan diCatalonia kelihatannya tenang di langit biru dengan segala-galanya yang baik kerana Barcelona dilaporkan memancarkan penuh keyakinan yang tidak terkawal bahawa Neymar akan dibenarkan tinggal PSG kerana hubungannya dengan Leonardo sekali lagi tambah merosot.

Entah bagaimana pun di bahagian Sepanyol, saluran berita disiarkan bahawa PSG tidak mahu masuk ke dalam apa-apa rundingan pada masa ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian yang disebabkan oleh pandemik coronavirus yang menjejaskan keseluruhan kenderaan dan jentera bola sepak bukan sahaja di Eropah tetapi di seluruh dunia.

Ligue 1, seperti semua liga bolasepak lain dan juga semua pertandingan sukan di seluruh dunia, telah pun dihentikan sehingga lain masa tanpa tahunya bila masa ia bolih diteruskan lagi. Begitu juga jendela perpindahan musim panas juga mungkin ditangguhkan atau mungkin digantung sebagai keputusan, yang akan meninggalkan PSG dalam kedudukan yang menjengkelkan dan sukar mengenai hal ehwal yang melibatkan skuad mereka sekarang.

PSG pada masa ini mempunyai 11 pemain dalam masa yang akan datang menjelang akhir tempoh kontrak mereka, termasuk Edinson Cavani, Thiago Silva, Thomas Meunier dan Layvin Kurzawa. Dengan senario ini, hubungan Neymar yang semakin merosot dengan kelab itu sebenarnya boleh berfungsi dengan manfaat untuknya dan juga kelab Barcelona kerana kelab Paris PSG mungkin tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memanfaatkan keadaan yang telah dipaksa olih coronarivus dan menggunakan dana untuk menyusun semula skuad mereka dengan bintang muda mereka yang berbakat, ia itu Kylian Mbappe, sebagai orang ketengahan yang terhandal sekali, jika mereka boleh meyakinkannya untuk tinggal di mana dia berada sekarang. Pada akhirnya ini akan menjadi keadaan menang-menang bagi semua yang terlibat.

Bagi Mbappe pula, seperti Neymar, dia akan memasuki tahun terakhir kontraknya musim panas akan datang, dan ketidakpastian juga di udara sama ada dia akan melanjutkan pendudukannya di Parc des Princes.