Liga Super Malaysia Berita

Perlawanan PJ City-Terengganu ditangguh bukan kerana COVID-19, tapi sebab tiada stadium

Di tengah-tengah kemelut penularan wabak COVID-19 yang memaksa Liga Malaysia beraksi tanpa penonton minggu ini, perlawanan PJ City menentang Terengganu terpaksa ditunda.

Luar biasanya, ia ditunda kerana PJ City gagal mencari venue alternatif selepas Stadium MBPJ masih dalam kerja-kerja baik pulih.

Ini kali pertama pasukan Liga Super berdepan masalah tidak mempunyai stadium sehingga perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Sudahlah perlu bermain tanpa penonton, perlawanan ini pula boleh ditunda atas sebab-sebab yang aneh.

Ini bermakna hanya lima perlawanan sahaja bakal berlangsung minggu ini, dan 10 pasukan sahaja yang berpeluang meraih mata.