Liga Super Malaysia Berita

Liga Malaysia: Minggu ini beraksi tanpa penonton, tunda bermula minggu depan

Presiden FAM dan MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan kesemua perlawanan dalam Liga Malaysia akan berlangsung tanpa penonton minggu ini ekoran penularan COVID-19.

Ini termasuk perlawanan saingan CIMB Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia dan MPFL 2020 yang akan berlangsung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Namun bermula hari Isnin, 16 Mac 2020, semua pertandingan termasuk perlawanan Piala FA Malaysia dan Piala Presiden ditunda ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian.

Ini bermakna, minggu ini merupakan minggu terakhir saingan Liga Malaysia.

Dengan wabak koronavirus yang meningkat setiap hari dan dilihat mudah terdedah apabila berada di tempat yang dipenuhi orang ramai, para pemain, jurulatih, pegawai serta para peminat dikhuatiri akan dijangkiti dengan wabak tersebut jika saingan liga diteruskan.