Liga Super Malaysia Berita

B Sathianathan bandingkan kualiti padang Stadium Shah Alam dengan stadium JDT

Selepas Selangor tewas kepada True Bangkok United dalam Asia Challenge 2020, B. Sathianathan menganggap kualiti padang Stadium Shah Alam tidak setanding dengan padang yang dimiliki JDT.

Hujan lebat pada hari perlawanan menyebabkan padang dipenuhi dengan air.

Katanya, permukaan padang yang buruk bukan sahaja akan mengganggu rentak permainan pasukan malah menjejaskan imej Selangor secara keseluruhan.

“Saya berasa sudah penat bercakap mengenai perkara ini,” katanya kepada Arena Metro.

“Ramai yang melabel saya dengan ‘Encik Alasan’.

“Pernahkah saya melihat padang Johor Darul Ta’zim seperti ini? Tidak sama sekali.”