Real Madrid dipaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 keatas Galatasary pada aksi ketiga kumpulan A saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Sebelum ini, skuad kendalian Zinedine Zidane itu bergelut selepas tewas 3-0 keatas Paris Saint Germain dan seri 2-2 ketika menentang Club Brugge pada perlawanan sebelum ini. Keadaan menjadi bertambah parah apabila Real Madrid tewas buat kali pertama dalam saingan La Liga pada hujung minggu lalu.
Kekalahan itu berpunca daripada ketiadaan beberapa pemain penting seperti Luka Modric, Gareth Bale, dan Toni Kroos. Mereka bertandang ke Stadium Turk Telekom Arena dengan misi penting memungut tiga mata penuh.
Toni Kroos muncul wira dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada babak pertama. Real Madrid sangat bernasib baik kerana percubaan bahaya Galatasary berjaya dipatahkan oleh penjaga gol utama, Thibaut Courtois.
Kombinasi tiga pemain serangan iaitu Karim Benzema, Eden Hazard, dan Rodrygo juga agak berbahaya dan sedikit sebanyak memberi ancaman kepada pasukan lawan. Hazard hampir menambah gol kedua pasukannya tetapi dinafikan oleh palang gol.
Keputusan ini jelas menunjukkan Los Blancos bakal lumpuh jika terus beraksi tanpa jentera tengah yang dominan.