Malaysia Berita

Malaysia B-18 lepas geram pada Singapura

Selepas tewas 0-1 ke atas Vietnam, skuad negara bawah (B-18) melepaskan kekecewaan mereka dengan menumpaskan Singapura, 3-1 dalam aksi Kumpulan B pada Piala Next Media B-18 AFF 2019 di Ho Chi Minh, Vietnam.

Kemenangan pertama ini berjaya memberi tiga mata berharga buat skuad negara setelah gagal mencatat kemenangan pada perlawanan pertama menentang Vietnam.

Skuad kendalian Brad Maloney tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila Muhammad Firdaus Kaironnisam mudah meletakkan Malaysia di hadapan pada minit keenam hasil daripada lorongan di bahagian tengah sebelum merembat mudah bagi menewaskan penjaga gol Vietnam.

2019 AFF U-18 Next Media Cup Group B Matchday #2 | Friday, 9th August 2019Full TimeMALAYSIA 3-1 SINGAPOREMuhammad…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, 9 August 2019

Firdaus sekali lagi mencetak nama selaku penjaring selepas berjaya meledak gol kedua peribadi pada minit ke-51 disebabkan salah faham bahagian pertahanan Singapura.

Bagi melengkapkan kemenangan Malaysia,  Luqman Hakim Shamsudin mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-88.

Sebelum itu, pasukan negara tewas 0-1 ke atas tuan rumah Vietnam pada perlawanan pembukaan selepas jaringan tunggal Vo Minh Trong di akhir minit perlawanan.

Skuad Malaysia B-18 bakal bertemu Cambodia, Ahad ini bagi perlawanan ketiga aksi Kumpulan B.