Luar Negara Berita

Atletico Madrid bakal letak €350 juta nilai tebus kontrak Joao Felix

Atletico Madrid dilaporkan bakal meletakkan klausa pelepasan €350 juta di dalam kontrak bersama Joao Felix, menurut AS.

Pemain muda kelahiran Portugal itu dilaporkan bakal melengkapkan perpindahan €120 juta dari Benfica.

Skuad Diego Simeone di lihat telah berjaya menewaskan saingan terdekat mereka iaitu Real Madrid dan Manchester City dalam mendapatkan pemain muda Benfica ini.

Atletico Madrid dilihat terdesak untuk meletakkan klausa perpindahan tersebut apabila pemain muda ini dijangka terus meningkat apabila berada di bawah kendalian Simeone.

Untuk rekod, jika Atletico Madrid berjaya meletakkan klausa perpindahan ke dalam kontrak pemain muda ini, ia akan menjadi yang tertinggi pernah dalam sejarah kelab dari Sepanyol tersebut, di mana melepasi rekod €200 juta yang dipegang oleh Griezmann.