Jelas, sekarang bukanlah masa yang baik buat kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Akar tunjang yang memasak kemegahan PSG dilihat bergoyang akhir-akhir ini apabila beberapa nama besar dalam pasukan tersebut dengan jelas menyatakan pendirian mereka mahu keluar mencari cabaran yang lebih besar.
Antaranya nama besar tersebut adalah Neymar dan Kylian Mbappe yang paling kuat dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada PSG.
Selepas Mbappe menyatakan bahawa beliau memerlukan satu cabaran dan tanggungjawab yang besar, PSG bukanlah tempat yang beliau mahukan kerana beliau perlu bersaingan bersama Neymar.
Tetapi jurulatih PSG, Thomas Tuchel kurang senang dengan kenyataan terbabit dan segera menjawabnya.
“Anda dijemput untuk mempunyai tanggungjawab setiap hari : tepat pada masanya, makan, tidur dan bermain secara profesional,” katanya.
Selain Mbappe, Madrid juga sedang mengejar Neymar.
Kekecohan ini berlaku apabila Real Madrid mula menunjukkan minat terhadap kedua-dua pemain penting ini.
Los Blancos tahu bahawa kenyataan-kenyataan terbabit adalah cara mereka mengumpan pemain dan ia juga adalah sebahagian daripada kemahuan Florentino Perez.
Setelah tewas di dalam Liga Juara-Juara, mereka bangkit ketika menentang Rennes, tetapi adakah ianya sudah cukup memadai buat Neymar dan Mbappe? Jawapannya tidak.
Keduaa-dua pemain ini dilihat mencari pasukan yang mempunyai struktur liga yang mencabar dan kejohanan yang besar. PSG terlalu selesa berada di Ligue 1 kerana tiada pasukan yang mampu bersaing dengan mereka.
Apa yang pasti, masa hadapan para pemain PSG masih kekal misteri dengan beberapa minggu nanti mungkin kita akan melihat salah seorang pemain PSG menyarung jersi pasukan lain.
Biarpun jelas kelab tidak mahu menjual kedua-dua pemain ini, tetapi pemain-pemain ini seolah jelas dengan masa depan mereka bahawa sudah tiba masanya untuk mereka keluar dan mencari cabaran baharu.