Robbie Servais telah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brunei Darussalam, menjelang kempen kelayakan Piala DuniaQatar 2022.
Bekas pemain Belanda itu adalah bekas ketua jurulatih pasukan Bawah-19 Singapura yang bertanding dalam Kejohanan Bawah-19 AFF Indonesia 2018 Julai lalu, dan juga merupakan sebahagian daripada kakitangan di bawah kendalian Bert van Marwijk ketika Piala Dunia FIFA 2018 sebagai pemerhati.
Servais akan mengisi jawatan tersebut selama tempoh enam minggu dan akan mula membina pasukannya sebelum berkunjung ke China, di mana mereka dijadualkan bertemu beberapa kelab profesional China.
Beliau sempat berkongsi pandangan beliau terhadap para pemain Brunei.
“Ketika saya bekerja di Singapura, saya bermain menentang DPMM FC beberapa kali. Pasukan pemuda itu turut bermain menentang pasukan belia Brunei serta pasukan bawah-23 semasa Persidangan Bola Sepak Asia (AFC) sewaktu kelayakan, jadi saya tahu gaya main bola sepak di Brunei.
“Saya fikir ia serupa dengan apa yang saya alami di Singapura. Membina fizikal para pemain adalah serupa. Mereka adalah pemain yang agak kecil tetapi sangat tangkas sehingga saya fikir terdapat banyak hal yang sama antara bola sepak di Brunei dan Singapura, “tambahnya lagi.
Ditanya mengenai jangkaannya mengenai pasukan kebangsaan Brunei, “Kami mempunyai masa yang singkat untuk mempersiapkan perlawanan menentang Mongolia. Saya harap dapat membuat satu pasukan yang sangat komited dan sangat berdedikasi.”
Kelayakan Piala Dunia pusingan satu merupakan aksi kelayakan bersama-sama dengan Piala Asia AFC 2023 dan pasukan dari Asia Tenggara ini akan menentang Mongolia pada 6 dan 11 Jun.