Malaysia Berita

Pemain Kelantan diberi elaun RM20?

Biarpun sebulan menyertai pasukan, pemain tengah Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan pasukan.

Keputusan Badhri atau Piya mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang  mahu mengkaji semula kedudukan beliau dan Marko Kraljevic (jurulatih) bersama pasukan Kelantan.

Kemelut ini bertambah buruk apabila laporan Berita Harian menunjukkan bahawa para pemain diberi RM20 untuk elaun makan.

“Mereka hanya diberikan RM20 untuk elaun makan. Cukupkah untuk pemain makan dengan duit sebanyak itu?” kata sumber rapat dengan pasukan berkenaan.

“Bukan itu saja, saya turut dimaklumkan pemain juga terpaksa berkongsi duit untuk caj bagasi.”

Keputusan Piya untuk keluar daripada Kelantan terdorong selepas KAFA mahu meneliti semula kontrak Piya yang sebelum ini dibayar oleh KRW Sdn Bhd dengan jaminan My Inspiration Sdn. Bhd.

“Daripada apa yang terjadi sekarang, saya cukup kasihan kepada pemain-pemain muda. Karier mereka baharu saja bermula namun sudah terpaksa berdepan dengan situasi ini,” katanya.