Malaysia Berita

Anak buah Ong Kim Swee wajar diberi pujian

Skuad Harimau Muda negara gagal melayakkan diri ke psuingan akhir Kejohanan Bawah 23 AFC 2020 di Thailand tahun hadapan biarpun mencatat keputusan yang memberangsangkan dengan dua kemenangan dan satu seri.

Rekod tanpa kalah anak buah Ong Kim Swee dalam Kumpulan J menidakkan peluang mereka ke Bangkok tahun hadapan selepas gagal berada dalam kalangan empat pasukan tempat kedua terbaik.

Biarpun gagal ke Bangkok, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin memandang positif dengan persembahan anak buah Kim Swee dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan sehingga berjaya mengikat China dengan keputusan 2-2 di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau berkata, “skuad kebangsaan mempamerkan corak permainan yang baik dengan semangat juang tinggi.

“Kejayaan pasukan kadang-kala tidak boleh diukur dengan kalah atau menang sebaliknya menerusi prestasi dan corak permainan yang ini saya anggap boleh dipuji kerana mampu beri saingan,” katanya yang turut menyaksikan perlawanan berkenaan.