Malaysia Berita

Ahmad Amizal Jangan Larikan Diri – Amirizdwan Taj

Pemain pertahanan Perlis, Amirizdwan Taj Tajuddin mendesak agar badan induk bola sepak Malaysia melakukan sesuatu bagi menghukum bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie.

Selepas 26 hari Ahmad Amizal meletak jawatan sebagai Presiden PFA, masih tiada apa-apa tindakan daripada badan induk bola sepak bagi menghukum beliau.

Pemain kelahiran Kelantan ini mahu Ahmad Amizal bertanggungjawab ke atas kerosakan yang beliau telah lakukan kepada semua pemain sehingga Perlis dihukum oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) daripada menyertai mana-mana kempen Liga Malaysia

Memetik kata-kata beliau di Berita Harian, “Dia tak boleh larikan diri macam itu sahaja selepas apa yang berlaku selama dia memegang PFA dalam tempoh hampir empat bulan. Jadi lelaki budiman, tampilkan diri perjelaskan keadaan yang sebenar dan selesaikan apa yang sudah dimulakan.

“Jadilah manusia yang bertanggungjawab dan bukannya menghilangkan diri selepas menganiaya banyak pihak,” katanya.

Beliau juga memberitahu Berita Harian bahawa beliau dan rakan-rakan lain dalam perancangan mencari pasukan baru.

“Saya berharap PFA boleh memfailkan saman sivil ke atasnya sebab pengurusan yang membawanya masuk ke dalam PFA. Terlalu banyak kerosakan malah dia boleh menghancurkan karier pemain selepas apa yang berlaku,” katanya.

Biarpun apa yang dilakukan Ahmad Amizal bukanlah satu kesalahan jenayah, tetapi para pemain bola terus menfailkan saman sivil kerana ia membabitkan pelanggaran kontrak oleh Ahmad Amizal dan pemain-pemain Perlis.