Liga Super Malaysia

Bagaimana Barcelona Melabur Dalam Persiapan Untuk Bola Sepak Pada Masa Hadapan

Salah satu penerbitan terkemuka di dunia kewartawanan, The Financial Times memuji sikap kepimpinan dan visi kelab bola sepak terbesar dunia, Barcelona dalam merangka pelan jangka panjang dengan menjalankan projek yang diberi nama Espai Barca, Barca Innovation Hub dan Yayasan Barca.

The Financial Times menerbitkan laporan mendalam yang memfokuskan kepada projek Barca Innovation Hub (BIH). Tulisan terbabit diterbikan oleh penulis sukan, Simon Kuper yang telah memenangi beberapa anugerah penting dalam penulisan sukan. Beliau menghabiskan banyak masa di Barcelona pada bulan February lalu dan beliau telah mendalami usaha Barcelona dalam membangunkan inovasi sukan.

Barca Innvovation Hub, adalah projek yang dilahirkan pada tahun 2017, Simon Kuper menerangkan di dalam tulisan beliau bahawa BIH adalah ‘membantu untuk mencipta masa depan bola sepak’ dan di mana ia akan dilaksanakan dengan ‘semua kakitangan BIH akan memikirkan semua perkara dalam perlawanan dari perkara kecil kepada yang besar.’

Manakala bagi Presiden Josep Maria Bartomeu memberitahu Financial Times bahawa BIH adalah projek jangka panjang paling penting buat Barcelona, “para ahli sukan masa depan akan melakukan lebih baik daripada yang sekarang.”

Tambahan pula, Financial Times memuji sikap terbuka Barca dalam berkongsi projek terbesar mereka dalam menghasilkan inovasi bola sepak, tidak seperti kelab-kelab lain. Financial Times juga memuji sikap kepimpinan tertinggi Barca dalam memberi kebebasan kepada kakitangan mereka yang pakar dalam menjayakan projek terbabit, di mana Presiden Josep Maria menyatakan, “mereka mempunyai makmal terbaik di dunia – 2,500 atlet lelaki dan wanita dari lapan tahun hingga 30 tahun yang datang daripada semua jenis sukan.”

Tujuan kepada projek ini dilaksanakan adalah untuk menyebarkan produk terbaru ini di seluruh dunia sukan dengan pengarah lembaga Barcelona diberi tanggungjawab untuk menjaga BIH, Marta Plana, menjelaskan bahawa FC Barcelona boleh menjadi “Lembah Silikon untuk sukan.”

Dengan jurulatih Ernesto Valverde, laporan itu menyentuh mengenai bagaimana Barca sedang mempersiapkan hari dalam bola sepak apabila analisis data mungkin lebih penting dan bakal menentukan segala perkara pada masa depan. Walau bagaimanapun, pengendali Barca mengaku bahawa data pemain tidak memberitahu keseluruhan cerita dan faktor lain seperti psikologi masih memainkan peranan penting.

Selain daripada itu, sebuah buku kecil, Pemakanan Sukan untuk Bola Sepak yang dikarang oleh pakar perubatan dan saintis Barca dari Institut Sains Sukan Gatorade, telah mengetengahkan penyelidikan akademik untuk cadangan makanan pemain bola sepak. Ia disesuaikan dengan pemakanan untuk setiap keperluan individu pemain. Kakitangan BIH juga menjejaki bagaimana makanan boleh menurunkan tahap tenaga setiap pemain. Sesetengah pemain berpeluh lebih daripada yang lain. Ada yang membakar lebih banyak lemak atau lebih banyak karbohidrat. Tidak lama lagi, setiap pemain akan mendapat minuman mineral tersuai sendiri pada separuh masa.

Satu lagi bidang inovasi yang dikenal pasti oleh laporan itu ialah Espai Barça, yang dianggap sebagai “plaza berjangka besar” dengan Camp Nou yang telah diubahsuai. Artikel ini menerangkan bagaimana Barcelona bakal dapat menggunakan teknologi baru seperti telekomunikasi 5G untuk membantu bagi mewujudkan pengalaman yang lebih peribadi kepada peminat.

Akhirnya, laporan ini memandang komitmen FC Barcelona untuk “kesan sosial” bukan hanya melalui BIH dan Espai Barça, tetapi juga melalui Yayasan Barça. Salah satu contoh yang jelas di sini ialah Robot Pol, alat realiti maya yang membolehkan kanak-kanak di rumah sakit dan  di seluruh dunia untuk melawat kemudahan Kelab dan menjadi sebahagian daripada misi sosial Barcelona untuk menjadi Més que un club – lebih dari sebuah kelab.