Pertemuan kelab terbesar dunia, Barcelona menentang Real Madrid bakal menjadi tontonan di seluruh dunia, bukan sahaja di stadium tetapi dengan pemain-pemain yang datang dari 16 negara yang berbeza mewakili pasukan Real Madrid dan Barcelona.
Beratus-ratus juta peminat bola sepak dari seluruh dunia akan menyaksikan El Clasico kedua musim 2018/19, dengan Barcelona dijangka melawat Real Madrid di Santiago Bernabéu awal pagi ini. Ini permainan yang mempunyai cita rasa antarabangsa di dalam dan di luar padang.
El Clasico mempunyai pemain terbaik dari seluruh dunia. Sebenarnya, ada 16 pemain kebangsaan yang berbeza yang mewakili kedua-dua, di mana mereka menampilkan pemain terbaik dari seluruh Eropah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Khususnya, 16 negara dengan pemain dalam skuad Barcelona dan Real Madrid sekarang adalah daripada Sepanyol, Brazil, Perancis, Jerman, Wales, Belgium, Croatia, Republik Dominika, Costa Rica, Uruguay, Argentina, Portugal, Chile, Belanda, Colombia dan Ghana.
Sepanyol adalah negara yang mempunyai wakil yang paling banyak ; Real Madrid mempunyai 12 pemain Sepanyol dalam skuad mereka, sementara Barcelona mempunyai enam pemain.
Kedua-dua pasukan juga mempunyai pemain daripada negara yang memenangi Piala Dunia 2018, Perancis. Barcelona mempunyai Samuel Umtiti, Clément Lenglet, Jean-Clair Todibo dan Ousmane Dembélé di dalam skuad mereka, manakala Real Madrid mempunyai Luca Zidane, Raphaël Varane dan Karim Benzema.
Bagi peminat La Liga di negara Amerika Selatan, mereka akan melihat bintang Real Madrid seperti Marcelo, Casemiro dan Vinicius Junior mengatasi skuad Amerika Selatan Barcelona seperti Arthur, Rafinha, Philippe Coutinho dan Malcom.
Terdapat juga banyak persamaan di Camp Nou dan Santiago Bernabéu. Kedua-dua kelab ini mempunyai satu pemain daripada Jerman, Marc-André ter Stegen (Barcelona) dan Toni Kroos (Real Madrid). Kedua-duanya mempunyai pemain tengah Croatia paling dinamkik, Ivan Rakitić dan Luka Modrić. Kedua-duanya juga mempunyai pemain Belgium yang tugasnya untuk menghalang gol, Thomas Vermaelen dan Thibaut Courtois, dan kedua-duanya mempunyai pemain dari Uruguay, Luis Suárez dan Fede Valverde.
Selain itu, Lionel Messi dari Argentina, Nélson Semedo dari Portugal, Arturo Vidal dari Chile, Jeison Murillo dari Colombia, Kevin-Prince Boateng dari Ghana dan Jasper Cillessen dari Belanda, manakala Real Madrid, mengharapkan pemain sayap kanan mereka, Gareth Bale dari Wales, Mariano Díaz dari Dominika Republik dan Keylor Navas dari Costa Rica.
El Clasico adalah permainan yang benar-benar global, paling terbaik untuk dibuktikan adalah dengan hakikat bahawa semua enam gol dalam pertemuan La Liga pertama antara Real Madrid dan Barça musim ini dijaringkan oleh pemain daripada Amerika Selatan.