Kolum

Empat Pemain Ini Perlu Bangkit Jika Liverpool Mahu Menikmati Kejuaraan Takhta

Liverpool kekal berada di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 5-0 ke atas Watford di hadapan penyokong sendiri dengan Manchester City di belakang mereka dengan perbezaan satu mata.

Gol jaringan Sadio Mane, Divock Origi dan Virgil van Dick memastikan The Reds mengutip tiga mata penuh dengan keseluruhan 69 mata dan hanya berbaki 10 perlawanan untuk mereka mengekalkan tempat mereka.

Biarpun menang bergaya dengan Watford, sehingga awal tahun ini, Liverpool dilihat kurang menyerlah seperti mana permulaan musim mereka.

Semuanya bermula apabila mereka tewas 2-1 ke atas Manchester City yang sekarang hanya dibezakan hanya dengan satu mata selepas anak buah Jurgen Klopp gagal memanfaatkan peluang apabila pasukan Manchester United yang tempang setelah kehilangan tiga pemain dalam separuh masa pertama minggu lalu.

Walaupun mereka kurang menyerlah akhir-akhir ini, anak buah Jurgen Klopp masih mampu pertahankan tempat mereka di puncak liga jika empat pemain ini berjaya bangkit daripada tidur lena.

Naby Keita

Keita masih gagal menunjukkan aksi sebenar beliau sepanjang beraksi dengan Liverpool. Persembahan yang turun naik daripada beliau tidak cukup untuk membantu pasukan Jurgen Klopp mempertahankan tempat mereka di puncak liga.

Beliau yang memakai tanda harga £52 juta dilihat mampu untuk menambah kekuatan serangan pasukan Liverpool bersama-sama dengan Sadio Mane, Firmino dan juga Mohamed Sallah. Tetapi sejak kempen 2018/2019 bermula, Keita masih gagal menunjukkan kemampuan dia yang sebenar.

Apa yang menjadi masalah buat Naby Keita adalah beliau sering diletakkan di bahagian kiri padang, satu posisi yang tidak menjadi kebiasaan buat beliau. Ia adalah posisi yang sama digunakan oleh Jurgen Klopp ke atas Mario Gotze semasa beliau melatih Borussia Dortmund.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Sewaktu beliau masih menyarung jersi RB Leipzig musim lalu, Ralph Hasenhuttl menggunakan Keita dalam sistem 4-2-2-2 dan membenarkan pemain berusia 24 tahun untuk bergerak bebas menekan barisan pertahanan pihak lawan dan memenangi bola bagi menggerakkan serangan balas yang pantas.

Tetapi di dalam sistem Jurgen Klopp, Keita tidak memberikan aksi yang beliau lakukan di RB Leipzig apabila sering tewas dan hanya memenangi 12.5% sahaja perebutan bola dengan pihak lawan.

Liga Perdana Inggeris mungkin satu cabaran yang besar buat pemain ini, tetapi beliau perlu cepat untuk membiasakan diri bagi menafikan peluang Manchester City mengejar mereka.

Roberto Firmino

Pada permulaan musim ini, tiga serangkai ini telah membuatkan para pertahanan pasukan lain kelihatan sibuk di atas padang dengan gerakan mereka bergerak ke kiri dan kanan padang.

Tetapi sejak permulaan tahun 2019, seperti Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane juga kelihatan seperti ada sesuatu yang menganggu mereka. Mereka kelihatan hilang kesepakatan dan banyak memberikan aksi yang bersifat individu.

Pemain kelahiran Brazil ini telah mencetak 27 gol dan mengutip 17 bantuan gol pada aksi musim lalu di dalam semua kejohanan yang membawa mereka kekal sebagai empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris dan pentas akhir Liga Juara-Juara.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Pada musim lalu juga, Firmino berjaya mencipta 57 peluang pada aksi liga manakala Salah 62 mengatasi beliau. Tetapi untuk musim ini, Firmino tertinggal jauh ke belakang apabila hanya berjaya mencipta 32 peluang, manakala Andy Robertson berjaya mengatasi beliau dengan 33 ciptaan peluang.

Firmino adalah satu garisan penting yang menghubungkan bahagian serangan dan pertahanan, beliau juga mempunyai kelebihan dalam mencari ruang dan memberi ruang. Keupayaan beliaulah yang banyak membantu Mane dan Salah pada musim lalu.

Daniel Sturridge

Pada permulaan musim ini, Daniel Sturridge telah menjaringkan empat gol dalam tujuh perlawanan awal, termasuk jaringan jarak jauh yang menyelesaikan perlawanan Liverpool dan Chelsea dengan keputusan seri dan hampir kesemua penyokong Liverpool menjangkakan yang beliau sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Tetapi, sejak daripada jaringan cantik beliau ketika bertemu Chelsea, Sturridge setakat ini telah menjaringkan kosong gol dan hanya memberikan satu bantuan gol sewaktu Liverpool menang 4-0 ke atas Red Star Belgrade pada Oktober tahun lalu.

Sejak jaringan beliau dengan Chelsea juga, Sturridge hanya mampu membuat lapan cubaan ke arah pintu gol lawan dan fakta ini menimbulkan persoalan adakah beliau masih layak menyarung jersi Liverpool?

Mohamed Salah

Secara jujurnya, Mohamed Salah masih antara yang terbaik pada musim ini, menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan dan menyempurnakan tujuh bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Tetapi, ‘terbaik’ tak selalunya kekal lama apabila Klopp sendiri mengakui persembahan Salah pada pertemuan dengan United minggu lalu berada di bawah paras ‘terbaik’ beliau.

Salah seperti hilang punca pada dua perlawanan penting – United dan Bayern Munich – dan hanya menjaringkan satu gol pada perlawanan melibatkan ‘enam terbaik liga’, itupun dia bernasib baik kerana mendapat penalti pada perlawanan menentang Arsenal.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Seperti Firmino, Salah juga perlukan rehat. Tetapi dengan hanya berbaki 10 perlawanan dan pasukan City yang sedang mengejar dekat,  Klopp seperti tiada pilihan lain.

Untuk tidak memanjangkan perkara yang kecil, Salah hanya perlu bangkit dan menjadi ‘terbaik’. Bukankah dia pernah digelar sebagai penyerang terbaik dunia dengan rekod 44 gol pada musim lalu?

Sumber : Squawka.com