Luar Negara Berita

Pep Guardiola Tuntut Pemain Bersedia

Pep Guardiola percaya cabaran sebenar bakal bermula bulan ini apabila pasukan beliau menghadapi minggu yang padat untuk empat kejohanan sepanjang Februari nanti.

City masih berpeluang memenangi empat piala antaranya Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga. Tetapi Guardiola prihatin terhadap tuntutan fizikal yang akan dihadapi skuadnya.

Selepas mengalahkan Arsenal di Liga Perdana hujung minggu lalu, City boleh mendahului liga jika mereka menang keatas Everton pada hari Rabu sebelum menjadi tuan rumah kepada Chelsea pada hari Ahad.

Kemudian mereka akan ke pusingan kelima Piala FA, pusingan 16 Liga Juara-Juara di Schalke dan perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea pada 24 Februari ini.

“Apabila saya berada di luar negara dan sebelum saya datang ke sini, semua orang bercakap mengenai Disember,” kata Guardiola pada hari Selasa.

“Tetapi ketika Boxing Day selesai dan saya melihat jadual (untuk bulan Februari), saya berkata ‘ini lebih teruk’. Lebih teruk. Itu benar.

“Jika anda berada di luar, lebih banyak pertandingan, lebih selesa. Februari adalah lebih sukar daripada Disember. Januari membawa Piala Carabao (Liga) dan Piala FA bersama pasukan dari Divisyen Kejuaraan dan Liga Satu – dengan segala penghormatan ia berbeza.

“Sekarang kami mempunyai Chelsea dan mereka boleh mempersiapkan sepanjang minggu dan kami tahu betapa Maurizio Sarri akan bersiap sedia untuk permainan ini.

“Kami ada Schalke dan final Piala Carabao dan Liga Perdana. Itulah hakikatnya, tetapi ia bagus dan saya lebih suka berada di sana. “