Malaysia Berita

Sudah Menjadi Impian Setiap Pemain Untuk Wakili Negara, Nor Azam Bersedia

Nor Azam Azih pemain tengah muda Pahang sedia untuk dipanggil jika Tan Cheng Hoe mahu menggunakan khidmat beliau.

Biarpun mengalami kecederaan pada lutut kanan dan terpaksa berehat panjang, Nor Azam yakin bahawa kecederaannya sudah pulih sepenuhnya serta bersedia untuk dipanggil.

Pemain berumur 23 tahun ini juga menyatakan bahawa impian setiap pemain untuk mewakili negara pada perlawanan besar dan beliau akan memberi komitmen 100 peratus jika dipanggil Cheng Hoe.

“Apa yang boleh saya katakan lutut kanan yang sebelum ini cedera sudah pulih sepenuhnya dan jika dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya, saya sedia memberikan komitmen 100 peratus.

“Pada masa sama, saya amat teringin untuk menyertai skuad negara kerana belum berkesempatan beraksi di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe.

“Sebelum ini jurulatih pernah menyenaraikan saya tapi disisihkan kerana cedera,” katanya kepada Berita Harian.