Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: Pickford jadi wira, England tamatkan badi penentuan penalti

Adakah benar-benar bolasepak akan pulang? It’s coming home kata penyokong England.

England berjaya menamatkan badi penentuan sepakan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 dalam penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar menerusi sepakan penalti Harry Kane sebelum Yerry Mina menyamakan kedudukan betul-betul di penghujung perlawanan.

Banyak yang perlu diperbaiki oleh England jika mereka benar-benar mahu mara ke perlawanan akhir. Misi seterusnya, suku akhir berdepan Sweden! Ini analisis untuk perlawanan England menentang Colombia.