Piala Dunia 2018 Berita

Tahukah anda berapa jumlah bayaran pengadil di Piala Dunia 2018?

Pengadil adalah salah satu pekerjaan paling penting dalam bola sepak. Namun, pekerjaan ini juga menjadi jawatan yang paling berisiko kerana mereka sering menjadi sasaran daripada kemarahan pemain-pemain dan peminat bola sepak.

Walaupun tidak sebanyak seperti jumlah diraih pemain bola sepak, pengadil juga memberikan pendapatan yang agak banyak. Di Piala Dunia 2018, pengadil dipanggil ke Russia sambil dibayar dengan jumlah yang bear. Berikut adalah penjelasan kami.

Pemilihan pengadil untuk Piala Dunia 2018

FIFA sudah memilih calon pengadil untuk mengendalikan perlawanan di Piala Dunia 2018 sejak September 2014. Pelbagai seminar diadakan untuk mengecilkan jumlah calon itu. FIFA memilihnya berdasarkan teknik dan personaliti yang dimiliki mereka, termasuk pengetahun serta kemampuan pengadil itu untuk mengendalikan perlawanan.

Untuk pengadil yang akan menjaga Video Bantuan Pengadil (VAR), FIFA telah mengadakan seminar selama dua minggu di Itali pada pertengahan kedua April yang lalu. Pada akhir seminar itu FIFA mengumumkan barisan pengadil yang akan ke Russia selaku petugas VAR.

Daripada seminar itu, seramai 36 pengadil, 63 pembantu pengadil dan 13 penjaga VAR telah dipilih. Terdapat beberapa nama yang terbatal walaupun telah dipilih kerana kes mengatur perlawanan yang dilalui, seperti Fahad Al-Mirdasi dari Arab Saudi dan dua pembantu pengadil yang menemaninya serta pembantu pengadil dari Kenya, Marwa Range. Selain itu, untuk pertama kali, aksi Piala Dunia tidak menampilkan kelibat pengadil dari England.

Perincian pengadil adalah seperti berikut; ima dari AFC, enam dari CAF, enam dari CONCACAF, enam dari CONMEBOL, dua dari OFC, dan 10 dari UEFA sementara pembantu pengadil terdiri daripada 10 perwakilan AFC, sembilan perwakilan CAF, delapan dari CONCACAF, 12 dari CONMEBOL, tiga dari OFC, dan 20 dari UEFA.

Untuk VAR, Abdulrahman Al-Jassim menjadi satu-satunya wakil dari Asia, bersama tiga wakil dari CONMEBOL dan sembilan dari UEFA.

Gaji yang diterima

Belum ada info rasmi daripada FIFA tentang gaji yang diterima oleh pengadil serta pembantu pengadil di Piala Dunia 2018. Namun, berdasarkan UOL Esporte, salah satu media Brazil, gaji yang akan diterima pengadil di Russia berbeza. Dalam artikel mereka, ia menjelaskan bahawa FIFA meletakkan pengadil dalam beberapa kategori berdasarkan pengalaman dan perjalanan karier selama ini.

Secara keseluruhan, 16 orang pengadil telah dimasukkan dalam senarai pengadil elit iaitu Cuneyt Cakir (Turki), Felix Brych (Jerman), dan Nestor Pitana (Argentina). Pengadil-pengadil elit ini dikatakan menerima gaji sebesar USD70 ribu untuk sepanjang saingan di Russia. Mereka juga menerima USD3 ribu untuk setiap perlawanan yang dikendalikan.

Untuk pembantu pengadil, mereka menerima gaji yang lebih rendah berbanding pengadil utama. UOL Esporte menjelaskan pembantu pengadil Piala Dunia 2018 akan menerima gaji berjumlah USD25 ribu untuks sebulan di Russia. Tiada maklumat mengenai bayaran buat petugas VAR. kemungkinan mereka akan menerima gaji yang sama atau lebih rendah berbanding pembantu pengadil.

Perbandingan dengan kejohanan lain

Berdasarkan data yang diambil dari Mirror, pengadil di Liga Perdana Inggeris menerima bayaran lebih tinggi. Pengadil amatur biasa mampu meraih sekitar GBP20 – GBP40 setiap perlawanan, pengadil semi profesional menerima GBP80 setiap perlawanan sementara pengadil di peringkat tertinggi mampu mengutip GBP70 ribu selama setahun. Kebiasaannya, mereka memiliki gaji tetap sekitar GBP38 – GBP42 ribu setiap tahun, bergantung kepada pengalaman yang dimiliki. Ia belum termasuk hampir GBP1 ribu yang diterima untuk setiap perlawanan.

Selain Liga Perdana Inggeris, LaLiga turut menjadi destinasi bayaran tertinggi buat pengadil. LaLiga sanggup membayar sehingga GBP5 ribu setiap perlawanan. Untuk saingan di Eropah yang lain seperti Bundesliga dan Serie A, mereka hampir kepada jumlah pengadil di Sepanyol. Ligue 1 dan Liga Portugal menawarkan bayaran yang lebih rendah, iaitu sekitar GBP2 ribu setiap perlawanan.

Peningkatan daripada Piala Dunia sebelum ini

Gaji yang diterima pengadil-pengadil di Piala Dunia 2018 menjadi bayaran tertinggi dalam sejarah kejohanan. Ketika Piala Dunia 2006, pengadil utama dibayar sehingga USD35 ribu, sementara bagi Piala Dunia 2010 dan 2014, bayaran itu telah meningkat dengan besar. Pengadil utama dibayar pada harga USD50 ribu untuk dua edisi tersebut.