Selepas Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur membuat kerjasama dengan penyanyi terkenal tanah air, kini giliran pasukan Selangor pula yang menggabungkan dunia bolasepak dengan industri muzik.
KERJASAMA DENGAN MONOLOQUE
Jika Negeri Sembilan ada Waris dan Kuala Lumpur membuat kerjasama dengan Bunkface, Selangor nampaknya akan mengeluarkan lagu tema pasukan mereka sendiri dengan kerjasama bekas anggota kumpulan Butterfingers, Monoloque.
Berita ini diumumkan oleh Dunia Sukan Online yang juga merupakan media rasmi menerusi laman Twitter mereka.
DILANCARKAN AHAD INI
Majlis Pra-Pelancaran lagu tema Selangor ini akan diadakan pada hari Ahad ini di Laundry Bar, The Curve pada pukul 11 pagi dan para pemain Selangor akan turut hadir bertemu peminat pasukan Gergasi Merah Kuning.
Mungkinkah kita akan melihat Anugerah Juara Lagu dipenuhi lagu-lagu bertema bolasepak Malaysia dipertanding di masa hadapan? Pasti hebat.