AFC Champions League

Berapakah Kos Penyokong JDT Perlukan Untuk Menyaksikan Perlawanan Bertemu Gamba Osaka

Masa sudah cukup singkat untuk penyokong JDT membuat kira-kira bagi membuat sebarang tempahan tiket penerbangan atau pun hotel di Osaka bagi menyaksikan perlawanan AFC Champions League Play Off 2017  menentang Gamba Osaka.

Disini kami cuba berkongsi perkara-perkara utama yang mungkin dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih tepat. Kami mahu memaksimakan kepuasan dengan bajet yang minima.

 

1) Tiket Penerbangan & Tempat Tinggal

Berdasarkan pengalaman kami sendiri dalam menguruskan tempahan hotel di Jepun, kami mencadangkan kepada anda untuk membuat tempahan pakej penerbangan bersama hotel untuk menikmati penjimatan maksimum pada tahap keselesaan tinggi.

Kami menetapkan harga carian di Expedia untuk pakej ini dibawah RM1,500 dan ini adalah cadangan kami.

Penerbangan: Air Asia X dari Kuala Lumpur – Kansai – Kuala Lumpur

Penginapan: Hearton Hotel Kita Umeda ( 3 bintang ).Lokasi adalah ditengah-tengah bandar Metropolis Osaka. Harga hotel ini jika ditempah secara berasingan adalah RM838 semalam termasuk cukai.

Jumlah harga RM2,919 diatas adalah untuk 2 orang. ( RM1,459 seorang )

 

2) Pengangkutan

Oleh kerana sistem pengangkutan awam di Jepun begitu efisien, kami hanya akan menggunakan keretapi sebagai pilihan pengangkutan.

Berdekatan lokasi hotel diatas, dalam jarak kira-kira 650m atau 8 minit berjalan kaki, ada sebuah stesen Hankyu Railway – Nakatsu.

Dari stesen ini, anda perlu naik tren menghala ke Hotarugaike menggunakan line Hankyu Takarazuka. Selepas tiba di Hotarugaike, anda perlu menukar tren kepada Osaka Monorail menghala ke Kodama-shi menggunakan Main line sehingga tiba di stesen Banpaku Kinen Koen.

Dari stesen Banpaku Kinen Koen anda hanta perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Suita City Stadium.

Kos bagi perjalanan pergi balik dari hotel ke stadium adalah kira-kira JPY 1,180 atau RM46.

Nota: bagi kos perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ke hotel pula, tambang tren adalah JPY1,160 atau RM45.30 sehala ( pergi balik RM90.60 )

 

3) Tiket Perlawanan

Oleh kerana sebagai penyokong pasukan away, hanya ada 2 kategori tiket telah disediakan oleh pihak Gamba Osaka.

  • Tiket free seating dalam kawasan “visitor”
  • Tiket bernombor dalam kawasan “visitor”

Berkenaan dengan harga pula, ada 2 jenis harga yang telah ditetapkan.

  • Harga sebelum hari perlawanan – Advance Purchase
  • Harga pada hari perlawanan – Normal Purchase

Harga tiket bagi Advance Purchase dan Normal Purchase berbeza sebanyak JPY500 atau RM19.50 . Pembelian secara online juga boleh dibuat, cuma mungkin akan ada maslaah bahasa dan isu berkenaan kad kredit pada laman pembayaran.

2017-02-02_1-09-36

Kos tiket perlawanan dikira menggunakan harga normal purchase JPY 3,000 atau RM117 bagi free seating, manakala bagi tempat duduk bernombor pula berharga JPY 4,300 atau RM168.

Dimana kedudukan ‘visitors area?

Sudah tentu para penyokong yang ber’awayday’ mahu melihat dimana kedudukan sebenar mereka didalam stadium.

Dibawah ini kami sertakan gambar peta kedudukan kategori tiket dalam Suita City Stadium untuk rujukan anda.

img_seatingplan01b_acl

2800169_xbig-lnd-1

4) Makanan Halal

Kami tidak akan bercerita panjang mengenai makanan halal di Osaka kerana sudah ada banyak pilihan untuk dinikmati. Oleh kerana trip ini cuma 2 hari 1 malam sahaja, kos untuk makanan juga adalah minima.

Dibawah ini kami senaraikan nama restoran yang boleh dikunjungi untuk menjamu selera.

2017-02-02_1-57-56

Secara peribadi kami menyarankan anda untuk makan dikedai dengan bajet tidak lebih dari JPY1,200 setiap kali makan. Untuk 2 hari 1 malam, 3 kali makan hidangan yang berat sudah mencukupi.

Kos makan: JPY 1,200 x 3 kali = JPY 3,600 atau  RM140.50

5) Wifi / SIM Kad

Penggunaan internet adalah sangat penting untuk berkomunikasi diantara satu sama lain serta bagi mencari maklumat berkenaan lokasi, tempat makan dan sebagainya.

2017-02-02_2-15-27

Ada beberapa syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan sewaan wifi ini pada kadar yang cukup murah.

Visiondata Wifi Rental menyediakan tawaran pada harga RM20 sahaja sehari. Maklumat lanjut sila layari Vision Wifi Rental Japan

 

Kos Keseluruhan:

  • Tiket Penerbangan & Hotel : RM1,459
  • Tren Airport – Hotel – Airport : RM90.60
  • Tren Hotel – Stadium – Hotel: RM46
  • Tiket Perlawanan: RM168
  • Makan Minum: RM140.50
  • Sewa WIFI: RM40

Jumlah keseluruhan trip 2 hari 1 malam ini adalah sekitar RM1,943.60 sahaja. Namun ia masih boleh dikurangkan jika mendapat ‘offer’ luar biasa dari Expedia untuk tiket penerbangan & penginapan. Selain itu jika membawa makanan sendiri ia juga mampu menerendahkan lagi kos keseluruhan ini.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai pakej dan kemudahan lain di Jepun, boleh emailkan kepada kami di footballchannelmy@gmail.com dengan segera.