Luar Negara

Zdravko Mamić Motif Utama Penyokong Croatia Membaling “Flare” Ke Dalam Padang?

3568A63B00000578-3647205-More_than_a_dozen_flares_light_up_the_pitch_as_referee_Clattenbu-a-44_1466189231490

Perlawanan EURO 2016 Croatia bertemu dengan Republik Czech awal pagi tadi dicemari dengan balingan “flare” kedalam padang dari penyokonmg penyokong Croatia sendiri.

Kekecohan ini menyaksikan pengadil perlawanan Mark Clattenburg terpaksa memberhentikan perlawanan selama 6 minit sebelum meneruskan perlawanan yang hanya berbaki 4 minit untuk ditamatkan dan hukuman berat bakal dikenakan kepada Croatia oleh UEFA.

Ketika pasukan keselamatan sedang cuba untuk membuang flare dari atas padang, kelihatan juga penyokong-penyokong Croatia yang bertumbuk sesama sendiri dikawasan tempat duduk mereka.

3568976B00000578-3647205-Croatia_fans_fought_amongst_themselves_as_their_team_lead_the_Cz-a-47_1466189231493

Namun, ketegangan yang sudah lama berlaku diantara penyokong bola sepak Croatia dan Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) mungkin dapat menjelaskan mengapa mereka membuat kekecohan bagi menarik perhatian pihak-pihak yang berkaitan.

Menurut seorang penulis bebas bola sepak antarabangsa yang berpangkalan di Zagreb, Croatia – Aleksandar Holiga, penyokong-penyokong Croatia melakukan semua ini bukan kerana mereka benci pasukan tetapi lebih terarah kepada kebencian terhadap badan induk bola sepak Croatia itu sendiri.

 

Siapa Zdravko Mamić?

zdravko mamic nova

Beliau merupakan penasihat kepada Presiden Dinamo Zagreb, Mirko Barisic, ketika isu mengembalikan nama kelab bola sepak dari Zagreb itu kembali kepada dari Dinamo, HAŠK-Građanski dan NK Croatia. Perlantikan beliau sebagai penasihat ketika itu dilihat lebih kepada faktor pengaruh politik kepada kelab.

Walaupun bukan sebagai ahli rasmi dalam lembaga pengarah kelab, namun pengaruh kuat yang dimiliki olehnya membolehkan beliau ‘berkuasa’ lebih dari yang lain. Diawal tugasnya sebagai penasihat, ‘pengaruh’ dan ‘kuasa’ yang ada padanya membolehkan beliau menentkan pemain mana yang perlu dibeli oleh Dinamo Zagreb pada ketika itu – Boško Balaban (bekas penyerang Selangor FA) atau Ivica Olić (bekas penyerang CSKA Moscow) – semua keputusan perlu mendapatan ‘Approval’ dari Mamic.

bayern-fans-dinamo-boss-mamic-ein-verbrecher-image_900x510

Dengan setiap perlantikan yang diterimanya sebagai Timbalan Presiden Dinamo Zagreb sehingga kepada kedudukan sebagai Timbalan Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) hanya dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Kedudukan sebegini menadikan kuasa dan pengaruh beliau semakin kukuh dalam kancah politik.

Pernah Di Tangkap Polis

Pada bulan November 2015, sebelum pertemuan diantara Dinamo Zagreb dan Arsenal, Mamic ditahan polis atas dakwaan menyeleweng wang kelab hasil dari perpindahan pemain yang dianggarkan bernilai 150 juta dalam masa 10 tahun. Wang ini sepatutnya disalurkan kepada kelab bagi meningkatkan pelbagai infrastruktur dan sebagainya namun hampir semuanya lenyap ke saluran yang dirancang oleh Mamic.

a5647eb75764de7aeb3980ce8c92a9d4

Selain itu, Mamic dan adiknya juga bukan sahaja ‘merompak’ dari hasil perpindahan pemain, terdapat juga wang yang disapu dari kontrak penajaan pemain secara individu dengan pihak ketiga.

Lain-lain dakwaan keatas Mamic diantaranya adalah seperti berikut:

  • ‘Tax evasion’ yang berkait dengan perpindahan Luca Modric ke Tottenham Hotspur pada 2008 bernilai 21 juta dan Dejan Lovren ke Olympique Lyon bernilai 8 juta pada 2010.
  • Beliau dan adiknya ditahan polis, namun dijamin dan kembali meneruskan aktivitinya seperti biasa.
  • Pengeluaran wang kelab sebanyak 70 juta Kuna / RM10 juta.
  • Beliau meletakkan jawatannya sebagai ‘Executive President’ Dinamo Zagreb, 48 selepas keputusan melanjutkan penyiasatan terhadap tuduhan kepadanya.
  • Mamic kembali sebagai penasihat namun, segala keputusan kelab masih perlu mendapat “Approval” beliau.

11477634w_r900x493

Penyokong-penyokong Croatia cukup benci dengan perkara sebegini berlaku terutama kepada seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam CFF yang jelas menunjukan ada tujuan lain yang lebih penting daripada memajukan pasukan bola sepak kebangsaan.

Jika menurut Aleksandar Holiga, ini merupakan cara bagi penyokong Croatia menunjukkan “kekecewaan” dan “tidak puas hati” mereka terhadap Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) dan bukannya kepada pasukan kebangsaan mereka.