Kapten skuad negara, Dion Cools terpaksa menarik diri dari perlawanan menentang New Zealand kerana urusan keluarga.
Perkara itu disahkan oleh jurulatih negara, Pau Marti Vicente.
“Pasukan akan berlepas dengan hanya 26 pemain.
“Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan berharap Cools dapat kembali pada jendela antarabangsa FIFA seterusnya, November depan.”
Skuad Harimau Malaya akan menentang New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024 di dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA dari 7 hingga 15 Oktober.
New Zealand berada di kedudukan ke-95 dunia.
Skuad Harimau Malaya akan memulakan kem latihan pusat di New Zealand mulai esok dan mempunyai tempoh seminggu untuk persediaan sebelum perlawanan.
Selain itu, pasukan kebangsaan akan menentang sebuah pasukan kelab utama pada 11 Oktober sebagai persiapan yang berkualiti menjelang perlawanan tersebut.