Azman Chuchu meluahkan rasa terkilannya apabila tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Limbang, Sarawak apabila permohonannya untuk merentas negeri ditolak.
Pemain berusia 23 tahun itu kini beraksi bersama Kuala Lumpur, namun terkandas di ibu negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penangguhan Liga Malaysia.
“Perasaan memang amat sedih kerana tidak dapat berjumpa keluarga,” kata Azman kepada Astro Arena.
“Saya telah membuat permohonan tetapi ditolak dan tidak dibenarkan pulang.”
Abangnya, Ashri Chuchu bernasib baik kerana menyertai Sarawak United musim ini, memandangkan pasukan Liga Perdana itu berpangkalan di Sarawak.