Piala Dunia merupakan sebuah kejohanan bola sepak terbesar dunia. Pelbagai pemain dan pasukan dari seluruh dunia berkumpul untuk merebut gelaran juara dunia.
Segala perkara berkaitan Piala Dunia akan menjadi tumpuan peminat samada stadium, bola rasmi, but pemain dan juga jersi pasukan.
Memandangkan semua perkara ini menjadi tumpuan maka pasti ada beberapa perkara yang akan dikritik oleh peminat-peminat. Termasuk juga jersi-jersi yang disarung oleh setiap pasukan.
Oleh itu, kami bawakan kepada anda beberapa jersi terburuk yang pernah tampil dalam kejohanan Piala Dunia:
Brazil, 1994
Kejohanan pada kali ini dimenangi oleh skuad Amerika Selatan ini. Berlangsung di Amerika Syarikat, jersi Brazil pada edisi tampil dengan 3 buah logo pasukan di hadapan baju. Mungkin mahu menunjukkan efek 3D. Namun, jersi ini mendapat kritikan yang banyak daripada peminat dan juga pihak media.
Afrika Selatan, 1998
Skuad Afrika Selatan berjaya mara ke kejohanan Piala Dunia sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1998, 2002 dan 2010. Selain kejayaan mereka menyertai Piala Dunia buat kali pertama, jersi mereka juga mencuri tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia. Jersi rekaan Kappa ini mempunyai motif ‘stripes’ dengan 2 warna. Ia juga mempunyai 2 logo.
Jamaica, 1998
Masih lagi kejohanan 1998 di Perancis. Rekaan jersi terburuk seterusnya adalah pasukan Jamaica dari Amerika Utara. Apa yang mengganggu pandangan ramai tentang jersi ini adalah corak di sebelah kanannya yang bersambung dengan seluar. Motif corak itu juga tidak dapat dikenalpasti.
Cameroon, 2002
Puma pada awalnya membuat rekaan baju tanpa lengan ‘sleeveless’ untuk pasukan Cameroon. Persis jersi sukan bola keranjang NBA di Amerika Syarikat. Namun, rekaan tersebut mendapat bantahan daripda pihak FIFA. Oleh itu mereka diarahkan untuk menambahkan lengan baju sebelum bermain untuk kejohanan Piala Dunia pada tahun itu.
Sepanyol, 1994
Seperti yang diumumkan oleh Adidas, jersi Sepanyol untuk kejohanan Piala Dunia kali ini mengambil inspirasi daripada rekaan ini. Anda boleh bandingkan sendiri rekaan pada tahun 1994 dan rekaan pada tahun 2018 kali ini.
Croatia, 1998
Croatia dan corak ‘checkered’ berpisah tiada. Mengambil inspirasi daripada bendera kebangsaan mereka untuk dijadikan corak pada jersi pasukan kebangsaan mereka. Namun, rekaan jersi Croatia pada tahun 1998 sangat memedihkan mata. Corak ‘checkered’ itu hanya meliputi dalam separuh daripada keseluruhan baju.
Germany, 1994
Kembali semula ke kejohanan Amerika Syarikat, 1994. Pasukan Jerman pada edisi ini juga mengeluarkan satu jersi yang mendapat ejekan ramai peminat bola sepak. Corak pada bahagian leher jersi mereka diumpamakan seperti bulu pelepah burung. Motif itu juga diletakkan dibahagian seluar sebelah kiri.
Scotland, 1986
Untuk jersi ini, bahagian atas (baju) tiada masalah. Namun, anda boleh lihat di bahagian bawah (seluar). Satu jalur melintang berwarna biru kelihatan disitu dengan logo pasukan. Mungkin corak ‘boxer’ anda lebih cantik daripada ini?
Amerika Syarikat, 1994
Bermain di halaman sendiri sebagai tuan rumah. Amerika Syarikat tampil dengan jersi berwarna biru dan bercorak bintang. Jersi ini berjaya menonjolkan ciri-ciri patriotik terhadap negara mereka dengan mengambil inspirasi bintang pada bendera mereka. Namun, bagi sebuah jersi bola sepak, corak ini bukan satu corak yang menarik.
Mexico, 1998
Jersi berwarna hijau dengan satu lukisan yang menggambarkan tradisi dan budaya masyarakat Aztec yang terpampang pada keseluruhan jersi. Lukisan tersebut kelihatan sangat menonjol sehingga menenggelamkan logo pasukan dan logo jenama jersi.