Malaysia Berita

Dion Cools juara Liga Thailand 3 kali berturut-turut

Dion Cools membantu pasukannya Buriram United memenangi Liga Thailand buat kali ketiga berturut-turut.

Ini merupakan piala ke-5 dimenangi oleh Cools bersama Buriram sejak menyertai pasukan itu pada 2023.

Ini juga menjadikan Cools satu-satunya pemain Malaysia yang paling berjaya apabila menjulang beberapa piala sepanjang beraksi di liga luar negara.

Kejuaraan liga kali ketiga itu dicapai apabila Buriram menewaskan Nongbua Pitchaya 7-0 di Chang Arena.

Kemenangan itu sekali lagi membantu Buriram menjulang piala setelah meraih 70 mata, hanya beza 1 mata dengan Bangkok United.

Cools telah beraksi 26 daripada 30 perlawanan Liga Thai bersama Buriram musim ini dan telah beraksi dalam 46 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Ini termasuk berjaya membantu Buriram mara sehingga ke peringkat suku akhir AFC Champions League Elite musim ini.

Buriram masih memburu tiga lagi piala iaitu Piala FA Thailand, Piala Liga Thai dan Kejohanan Kelab ASEAN yang juga dikenali sebagai Piala Shopee.