
Jaringan gol sendiri Pulau Pinang menjadi punca kekalahan 1-0 kepada Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama Challenge Cup 2024-2025.
Gol itu berpunca daripada jaringan sendiri Vitor yang tertampan bola ke dalam gawang pasukannya selepas gagal menyepak keluar hantaran lintang oleh pemain pertahanan Selangor, Quentin Cheng pada minit ke-35.
Pulau Pinang akan bertemu Selangor sekali lagi di gelanggang yang sama bagi perlawanan Liga Super pada 25 Januari ini.
Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 2 Februari ini.