JDT mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.
Kesemua gol dijaringkan di separuh masa kedua.
Pahang ketinggalan seawal minit ke-48 separuh masa kedua hasil jaringan sendiri penjaga golnya Zarif Irfan Hashimuddin.
Bergson menambah gol kedua JDT pada minit ke-52 namun Pahang merapatkan jurang menerusi David Rowley seminit kemudian, menjadikan kedudukan 2-1.
Bergson melengkapkan kemenangan JDT dengan jaringan penalti dalam masa tambahan, meraih keputusan 3-1 di hujung perlawanan.
JDT akan kembali beraksi dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia menentang KL City pada 21 Disember ini.