Liga Super Malaysia Berita

Nafuzi Zain tinggalkan Kedah

Nafuzi Zain membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih Kedah, 2 tahun selepas bersama pasukan dari utara Malaysia itu.
Kedah ketika ini menduduki tempat ke-10 dalam Liga Super, meraih 13 mata daripada 14 perlawanan, dengan 4 menang, 4 seri dan 6 kekalahan.
“Pihak pengurusan telah menerima permohonan peletakan jawatan Ketua Jurulatih, Nafuzi Mahammad Zain pada hari ini,” kata Shahrul Samsudin, Pemangku CEO Kedah.
“Permohonan ini telah diperhalusi dengan sedalamnya oleh pihak pemilik, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan diterima dengan rasa berat hati tetapi penuh rasa hormat.”
Sejak bersama Kedah pada Disember 2022, Nafuzi membantu pasukannya meraih tempat ke-4 Liga Super 2023 serta peringkat separuh akhir Piala FA 2024.
“Kedah Darul Aman FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti beliau selama ini serta mendoakan beliau sukses selalu dalam perjalanan karier beliau selepas ini.”
Victor Andrag dilantik menjadi Ketua Jurulatih Interim Kedah bermula 25 November 2024.
“Pihak pengurusan akan menilai serta membuat keputusan dari masa ke masa mengenai calon Ketua Jurulatih pasukan yang tetap berikutnya mengikut keperluan pasukan untuk bersaing dalam baki Liga Malaysia 2024/2025.”